FADILAH AYAT KURSI

14 10 2008

Untuk amalan kita semua, fadhFilat ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis.
Allahu Akbar.

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :

“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan
segala kefakiran didepan matanya.”

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :

“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian
berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada
kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :

“Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah
sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.”

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :

“Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan
serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.”

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :

“Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada
pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat
pencuri daripada memasuki rumah.”

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :

“Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika
dalam perjalanannya.”

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :

“Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh
menyebabkan syaitan dan jin terbakar.”

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :

“Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda
menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali,
insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan
lahir dan batin.”

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :

“Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat
tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.”

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :

“Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.”

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :

“Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitanya.”

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :

“Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang
Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur
perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya
rahmat.”

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :

“Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan
dan mendoakan baginya.

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :

“Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa
jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang
yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.”

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :

“Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya
Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.”

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a. , Rasullullah s.a.w. bersabda :

“SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT.”

(Kontribusi : Dian Imani)

About these ads

Aksi

Information

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s




Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: